SELAMAT HARI IBU
Ibu kaulah SEGALANYA bagiku,
Keperitan semalam masih terasa,
Dan ketabahanmu membesarkan aku tak tertanding,
Ibu tanpamu SIAPALAH aku,
Kekuatanmu menjadi kekuatan ku jua,
Semangatmu menjadi inspirasi,
Walaupun tanpa seorang lelaki yang bergelar suami,
Kau tetap mengharunginya,
Tak pernah kau mengalah dan berputus Asa,
Dalam membesarkan anak-anakmu yang tercinta,
Ibu kaulah RATU hatiku,
Sepanjang membesarkan aku,
Pelbagai kesulitan yang telah kau hadapi,
Namun tidak sekalipun ku mendengar kau mengeluh,
Merungut, Meratap kecewa dengan nasibmu,
Segalanya kau lalui dengan penuh keredhaan,
Ibu engkaulah BULANku,
Menerangi kehidupan aku yang suram,
Kau berikan aku harapan dan impian,
Walaupun dalam serba kekurangan,
Kau mementing ilmu dan pelajaran,
Buat semua anak-anak mu,
Biarpun dirimu sendiri tidak pernah,
Menempuh alam persekolahan,
Buatmu kamilah segala-galanya,
Kamilah menjadi keutamaanmu,
Walaupun kemampuanmu sangat terbatas,
Biarpun dirimu sendiri terabai ditinggalkan,
Oleh seorang lelaki yang bergelar seorang Ayah,
Buat anak-anakmu yang terlalu memerlukan kehadirannya,
Namun kau terus melangkah dan terus melangkah,
Tanpa berpaling lagi,
Ibu engkaulah BINTANGku,
Bintang yang sentiasa berkerlipan didalam hatiku,
Kesetiaanmu tak mampu ditandingi oleh sesiapa,
Kasih sayang mu kepada anak-anakmu,
Tak pernah berkurang,
Umpama sungai yang sentiasa mengalir,
Ketabahanmu mengagumkan,
Walaupun di uji dengan pelbagai dugaan,
Kau tetap bangkit dan terus berjuang dalam hidupmu,
Keberanianmu membuka mata semua yang menghinamu,
Kesungguhanmu tak pernah padam,
Ibu engkaulah MATAHARIku,
yang sentiasa memancarkan cahayamu yang terang,
Kini anak-anakmu sudah dewasa,
Aku juga telah mempunyai kehidupan sendiri,
Namun tidak pernah sedetikpun aku melupakanmu,
Akan ku terus berusaha untuk menempa kejayaan,
Agar aku dapat membahagiakanmu,
Dan memenuhi setiap keinginan dan kemahuanmu,
Menjadikan impianmu sebuah kenyataan,
Akan ku teruskan ibu berjuang dan terus berjuang,
Sepertimu seorang SRIKANDI,
Pertiwi hidup kami,
Selamat hari ibu buat mu Ibu tercinta,
Ku doakan setiap kebahagiaan dilimpahkan buatmu,
Segala kurniaan diberikan kepadamu,
Ibu.......
p/s: aku tak pandai berpuisi apatah lagi bermadah pujangga...
ni first time aku tulis camni tuk ibuku...
ikhlas dari aku...
yang sentiasa menyayangi ibuku sepenuh hatiku...
11 Comments On "¥ sElAmAt hArI IbU ¥"
alamak..x wish lg mother's day kat mak..huhu..
slmt hari ibuu.. :)
:)
pandai bermadah pujangga rupe nye..
:D
ohoh..
btw..seronok celebrate hari mak smlm
:)
fulamak ai, dah pandai berpuisi la..
untuk ibu pulak tu..
bagus, bagus..
salah satu cara yang menarik untuk mengucapkan selamat hari ibu..
tahniah!!
first time bwat ni?
its really good...
lps ni ble bwat puisi utk ayah plak..=p
SAYA - da wish ke belom..? sure dah kan..:)
WAN - Selamat..:)
EKINO - Mana ada, itu terkeluar sdri dr hati yg tulus..:) rindu kt mak lagipun..
sambutan semalam mmg besh..:) thanks sharing ur mom wt me..:)
ZUHDI - x der la pandai.. tp yg penting ianya istimewa tuk ibu akak..:)
PINK - yup! 1st time..:) utk ayah...mmmm..
akak, jujur...
mmg bezzzzzla...=)
hantarle mane2...
dpt gak duit...hehe
pauh pon belom wih agi.... dah lambat x pe la, tahun depan la plak wish... semoga mama panjang umur selalu :D
EZATY - hi3..boleh ker..:) cam x caya jer..:D
PAUH - ala wish sekali ngn farthers day jer nanti..:) but don ever forget ur mother..thats important thing..:D
ha...cadang nak beli ferrari kat mak aku...
Selamat Hari Ibu kpd mu...
Post a Comment