
Tadi aku baru jer tengok Movie ni kat HBO. Movie ni sangat2 menarik. Ianya mengenai KISAH BENAR dalam pencarian seorang lagi PERINTIS Pemain Catur Terbaik seperti BOBBY FISCHER.
Pada korang yang tak tahu sapa Bobby Fischer ni. Beliau adalah seorang pemain CATUR TERBAIK bertaraf DUNIA. Kira World Champion lah beliau ni dalam Arena Pertandingan Catur.
Nak baca lebih lanjut tentang beliau boleh klik di sini Bobby Fischer.

Original Joshua Waitzkin
So cerita ni bermula dengan watak utama iaitu Joshua Waitzkin. Seorang kanak2 normal yang suka bermain besbol dan suka bertanya spt kawan2 seusianya yg lain. Masa ni beliau baru berumur 6 tahun & hari2 mak beliau mbawa beliau ke taman bersama-sama dengan adik perempuan beliau. So masa kat taman yg dipanggil Washington Square Park di New York City nilah Joshua belajar bagaimana bermain catur dengan memerhatikan orang2 dewasa yg bermain kat taman tu. Time ni jugaklah mak dia 'discover' yg si Joshua ni pandai main catur. So kat taman ni dia berkawan dengan Vinnie dan sering bermain catur di situ bersama orang2 dewasa. Bila dia lawan jer mesti dia menang.

A young Josh Waitzkin (right) hones his chess skills in Washington Square Park.
Pastu mak dia gtaw la Bapak dia yg si Joshua ni pandai main Catur. So bapak dia Fred Waitzkin yg merupakan penulis sukan for newspaper mula2 x percaya pastu diapun ajak si Joshua ni lawan catur ngn dia. Mula2 tu Joshua x nak menunjukkan ke'teroran'nya tu. Tapi apabila di desak oleh bapanya diapun tunjuklah. Sekali kalah bapak dia :) (the best part is Joshua kalahkan bapak dia w/o pay full attention to the game. sambil main ngn adik, on the fon ngn kawan dia, mandi tp dia still boleh kalah kan bapak dia).
So Fred mula sedar kebolehan LUARBIASA anaknya dalam bermain catur dan mula mencari seorang Jurulatih yang bagus untuk mengasah lagi bakat anaknya dalam bidang itu.
Memula Jurulatih tu jual mahal tp bila dia nampak corak permainan Joshua dan memerhatikan Joshua yg main ngn org dewasa kt taman tu dia bersetuju tuk amik Joshua jadi anak murid beliau.

Josh with his first chess coach, Bruce Pandolfini
Jurulatih beliau yang dikenali sebagai Bruce Pandolfini ni lah yg telah banyak mengajar Joshua selok belok ilmu bermain catur. Bruce dapat melihat bakat Joshua yang sangat menakjubkan dan dia pasti Joshua adalah bakal pengganti Bobby Fischer suatu hari nanti. Bruce amat mengagumi Bobby dan mengkaji semua corak permainan Bobby di dalam setiap pertandingan. Dengan pengetahuan dan pengalamannya dia mula menurunkan ilmunya kepada Joshua.
Fred pula mula mendaftarkan Joshua di setiap pertandingan catur di daerahnya dan membawa dia ke semua pertandingan catur di setiap peringkat hingga ke peringkat kebangsaan. Ternyata Bakat Joshua sangat mengagumkan dia memenangi semua pertandingan yg disertainya. Ini menyebabkan Bapak dia mula merasa bangga dan Riak sedikit. Sehinggakan mengabaikan pandangan Cikgu Sekolah Joshua tentang perkembangan Joshua yg mula terganggu sebab terlalu kerap memasuki pertandingan dan travel ke sana sini. Akibat bercanggah pendapat ngn Cikgu tu bapak beliau menukarkan beliau ke Sek lain.
Josh went on to draw this game in a simul with World Champ Garry Kasparov.
Walaupun tak melawan tapi boleh nampak Joshua mula tertekan. Bruce pula seorang yang amat tegas dan complicated. Setiap tahap pembelajarannya semakin sukar buat Joshua. Lebih2 lagi setiap kemenangan yg diterimanya mula membuat Joshua takut untuk menerima kekalahan. Apatah lagi untuk berdepan dengan ayahnya yang terlalu bangga dengan pencapaiannya dan mahukan dia menang setiap kali pertandingan diadakan. Semua perkara2 ni memberikan tekanan kepada perasaan Joshua.

Josh in the Soviet Union with Grandmasters in the pressroom
of the first Kasparov-Karpov World Championship match.
of the first Kasparov-Karpov World Championship match.
Dalam masa yang sama Bruce juga menghalang Joshua dr terus bercampur dngn Vinnie & bermain catur di taman. keadaan ini membuatkan Joshua tidak gembira. Sehinggakan kerana terlalu memberi tekanan kpd Joshua mak si Joshua ni menghalau Bruce tu dr rumah & dr terus mengajar Joshua.
Joshua with his dad.
So Mak dia mula sedarkan ayah dia betapa apa yang ayah dia buat tu x bagus tuk pembesaran dia sebagai kanak2 normal. Akibat takutkan kekalahan dan tak mahu mengecewakan bapaknya Joshua yang menjadi mangsa. Nasib baik mak si Joshua dapat menyedarkan bapaknya dalam hal ini.
Later on bapak dia bagi kebebasan kepada Joshua tuk meneruskan pertandingan catur tu ataupun berhenti saja. Its just a game. Not big deal :) yang penting Joshua gembira.

Walaupun Bruce tidak bersetuju dengan keputusan Fred dan Isterinya, dia terpaksa akur dengn keputusan itu kerana apa yg penting adalah yg terbaik untuk Joshua. Than Joshua bagitau bapak dia, dia tetap nak bermain catur. So last tu dia pergi Final lawan dengan Edward yg ditakutinya tu. Beliau ditemani Mak, Bapak, Adik Gal dia, Bruce dan Vinnie. Akhirnya beliau menang dalam pertandingan yang melibatkan beliau dengan Edward. :)
P/s: Aku lupa nak g taw korang, dalam citer ni mmg watak utamanya Joshua tu. Tapi dalam masa yang sama juga dia mengimbas kembali citer2 pasal Bobby Fisher.









7 Comments On "¥ InnOcEnt mOvEs ¥"
I'm not good at this game, but i like the chess, and it's a very good game
Yaaa.. me too.. :) im often play long time ago.. but now no more... my housemate dont like this game.. she said it so much too think..:) make her got headache..ha3
menarikla cite ni..tp sdehla kat umah xsubscribe channel hbo..kalo x,msti dpt tgok muvie best2 :)
ya ker.. siannya..:) boleh tengok tp penatla..tngok kt you tube..:) citer ni mmg best giler..:) lebih2 lg bg mreka yg suka main CHESS..:)
hai..i do love this story..
besh woo..da tgk 3,4 kali tpi xpenah boring..huhu..and i do love chess jugak!!:)
Tula.. bestkan citer dia.. kita mmg suka tngok movie ni..lebih2 lg true story..:) suka melihat kehidupan org lain.. terutamanya yg gifted camni..:)
wow ..
kagum nya ..
Post a Comment