4/19/09 3:49 AM

¥ InnOcEnt mOvEs ¥


Tadi aku baru jer tengok Movie ni kat HBO. Movie ni sangat2 menarik. Ianya mengenai KISAH BENAR dalam pencarian seorang lagi PERINTIS Pemain Catur Terbaik seperti BOBBY FISCHER.

Pada korang yang tak tahu sapa Bobby Fischer ni. Beliau adalah seorang pemain CATUR TERBAIK bertaraf DUNIA. Kira World Champion lah beliau ni dalam Arena Pertandingan Catur.
Nak baca lebih lanjut tentang beliau boleh klik di sini Bobby Fischer.


Original Joshua Waitzkin

So cerita ni bermula dengan watak utama iaitu Joshua Waitzkin. Seorang kanak2 normal yang suka bermain besbol dan suka bertanya spt  kawan2 seusianya yg lain. Masa ni beliau baru berumur 6 tahun & hari2 mak beliau mbawa beliau ke taman bersama-sama dengan adik perempuan beliau. So masa kat taman yg dipanggil Washington Square Park di New York City nilah Joshua belajar bagaimana bermain catur dengan memerhatikan orang2 dewasa yg bermain kat taman tu. Time ni jugaklah mak dia 'discover' yg si Joshua ni pandai main catur. So kat taman ni dia berkawan dengan Vinnie dan sering bermain catur di situ bersama orang2 dewasa. Bila dia lawan jer mesti dia menang.

Joshua n Vinnie dalam Movie 'Innocent Moves'


A young Josh Waitzkin (right) hones his chess skills in Washington Square Park.

Pastu mak dia gtaw la Bapak dia yg si Joshua ni pandai main Catur. So bapak dia Fred Waitzkin yg merupakan penulis sukan for newspaper mula2 x percaya pastu diapun ajak si Joshua ni lawan catur ngn dia. Mula2 tu Joshua x nak menunjukkan ke'teroran'nya tu. Tapi apabila di desak oleh bapanya diapun tunjuklah. Sekali kalah bapak dia :) (the best part is Joshua kalahkan bapak dia w/o pay full attention to the game. sambil main ngn adik, on the fon ngn kawan dia, mandi tp dia still boleh kalah kan bapak dia).


Josh and his family.

So Fred mula sedar kebolehan LUARBIASA anaknya dalam bermain catur dan mula mencari seorang Jurulatih yang bagus untuk mengasah lagi bakat anaknya dalam bidang itu.
Memula Jurulatih tu jual mahal tp bila dia nampak corak permainan Joshua dan memerhatikan Joshua yg main ngn org dewasa kt taman tu dia bersetuju tuk amik Joshua jadi anak murid beliau.

Josh with his first chess coach, Bruce Pandolfini

Jurulatih  beliau yang dikenali sebagai Bruce Pandolfini ni lah yg telah banyak mengajar Joshua selok belok ilmu bermain catur. Bruce dapat melihat bakat Joshua yang sangat menakjubkan dan dia pasti Joshua adalah bakal pengganti Bobby Fischer suatu hari nanti. Bruce amat mengagumi Bobby dan mengkaji semua corak permainan Bobby di dalam setiap pertandingan. Dengan pengetahuan dan pengalamannya dia mula menurunkan ilmunya kepada Joshua. 


Josh with his dad in Washington Square Park.

Fred pula mula mendaftarkan Joshua di setiap pertandingan catur di daerahnya dan membawa dia ke semua pertandingan catur di setiap peringkat hingga ke peringkat kebangsaan. Ternyata Bakat Joshua sangat mengagumkan dia memenangi semua pertandingan yg disertainya. Ini menyebabkan Bapak dia mula merasa bangga dan Riak sedikit. Sehinggakan mengabaikan pandangan Cikgu Sekolah Joshua tentang perkembangan Joshua yg mula terganggu sebab terlalu kerap memasuki pertandingan dan travel ke sana sini. Akibat bercanggah pendapat ngn Cikgu tu bapak beliau menukarkan beliau ke Sek lain. 


Josh went on to draw this game in a simul with World Champ Garry Kasparov.

Walaupun tak melawan tapi boleh nampak Joshua mula tertekan. Bruce pula seorang yang amat tegas dan complicated. Setiap tahap pembelajarannya semakin sukar buat Joshua. Lebih2 lagi setiap kemenangan yg diterimanya mula membuat Joshua takut untuk menerima kekalahan. Apatah lagi untuk berdepan dengan ayahnya yang terlalu bangga dengan pencapaiannya dan mahukan dia menang setiap kali pertandingan diadakan. Semua perkara2 ni memberikan tekanan kepada perasaan Joshua. 

Josh in the Soviet Union with Grandmasters in the pressroom
of the first Kasparov-Karpov World Championship match.

Dalam masa yang sama Bruce juga menghalang Joshua dr terus bercampur dngn Vinnie & bermain catur di taman. keadaan ini membuatkan Joshua tidak gembira. Sehinggakan kerana terlalu memberi tekanan kpd Joshua mak si Joshua ni menghalau Bruce tu dr rumah & dr terus mengajar Joshua.


Joshua with his dad.

So Mak dia mula sedarkan ayah dia betapa apa yang ayah dia buat tu x bagus tuk pembesaran dia sebagai kanak2 normal. Akibat takutkan kekalahan dan tak mahu mengecewakan bapaknya Joshua yang menjadi mangsa. Nasib baik mak si Joshua dapat menyedarkan bapaknya dalam hal ini.

Later on bapak dia bagi kebebasan kepada Joshua tuk meneruskan pertandingan catur tu ataupun berhenti saja. Its just a game. Not big deal :) yang penting Joshua gembira.

Cutekan Josh :) Masa ni kalau x silap aku dia berumur 7thn.

Walaupun Bruce tidak bersetuju dengan keputusan Fred dan Isterinya, dia terpaksa akur dengn keputusan itu kerana apa yg penting adalah yg terbaik untuk Joshua. Than Joshua bagitau bapak dia, dia tetap nak bermain catur. So last tu dia pergi Final lawan dengan Edward yg ditakutinya tu. Beliau ditemani Mak, Bapak, Adik Gal dia, Bruce dan Vinnie. Akhirnya beliau menang dalam pertandingan yang melibatkan beliau dengan Edward. :)

P/s: Aku lupa nak g taw korang, dalam citer ni mmg watak utamanya Joshua tu. Tapi dalam masa yang sama juga dia mengimbas kembali citer2 pasal Bobby Fisher. 


Video ni masa Joshua menang lawan dengan Edward.

Joshua bermain catur sehingga beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk:

Junior Chess Championship 1993 & 1994
8-time National Chess Champion
International Master by the age of 16


Seriusnya..:) mesti tengah memikirkan strategi tuk mengalahkan lawanya..:)

Hensem kan bila dia besar.. hi3


Joshua sekarang ni dah tak main catur lagi. Beliau beralih kpd bidang Martial Art dan memenangi juga pertandingan dalam bidang tersebut:

13-time Tai Chi Chuan Push Hands National Champion
Two-time Tai Chi Chuan Push Hands World Champion



Walaupun da x main catur tapi dia tetap Hebat. Dia telah membuat keputusan yang bijak dengan memilih untuk melakukan sesuatu yang dia suka rather than buat apa yg orang nak dia buat. :)
He's so great! Aku admire dia...:)


Ni pula Josh bersama isteri dan anak2nya.. Happy Family

Dalam masa yang sama Joshua juga telah menerbitkan buku yang ditulis oleh beliau sendiri tentang pengalaman beliau menjadi seorang Pemain Catur yang terhebat dan panduan bagi Ibu-Bapa mempunyai anak yang pandai bermain catur ataupun yang ingin anak mereka menjadi pemain catur yg hebat.


Buku yang di tulis oleh Josh



Joshua Waitzkin


7 Comments On "¥ InnOcEnt mOvEs ¥"

Unknown Says:
April 20, 2009 at 3:16 AM

I'm not good at this game, but i like the chess, and it's a very good game

cahaya bulan Says:
April 20, 2009 at 5:12 AM

Yaaa.. me too.. :) im often play long time ago.. but now no more... my housemate dont like this game.. she said it so much too think..:) make her got headache..ha3

Milimilo Says:
April 20, 2009 at 6:46 PM

menarikla cite ni..tp sdehla kat umah xsubscribe channel hbo..kalo x,msti dpt tgok muvie best2 :)

cahaya bulan Says:
April 20, 2009 at 7:48 PM

ya ker.. siannya..:) boleh tengok tp penatla..tngok kt you tube..:) citer ni mmg best giler..:) lebih2 lg bg mreka yg suka main CHESS..:)

Biee Bond Says:
April 21, 2009 at 12:52 AM

hai..i do love this story..
besh woo..da tgk 3,4 kali tpi xpenah boring..huhu..and i do love chess jugak!!:)

cahaya bulan Says:
April 22, 2009 at 1:35 AM

Tula.. bestkan citer dia.. kita mmg suka tngok movie ni..lebih2 lg true story..:) suka melihat kehidupan org lain.. terutamanya yg gifted camni..:)

Anis Mohd Says:
April 27, 2009 at 5:21 PM

wow ..
kagum nya ..