4/11/09 1:16 PM

¥ sky & sEa ¥


¥ CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT ¥


 

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. 
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. 
Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. 
Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. 
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. 
Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. 
Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. 
Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. 

Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. 
Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. 
Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. 
Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. 
Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. 

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. 
Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. 
Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. 
Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapatdipisahkan. 
Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

i love this post sooooooooooooooooooo much. Credit to Ayat Cinta who wrote this lovely tale.

8 Comments On "¥ sky & sEa ¥"

April 12, 2009 at 12:37 AM

mcm cinta adam dan hawa..


satu bersama...


satu terpisah...

CAHAYA Says:
April 12, 2009 at 3:15 AM

nice sangat2! pernah baca dalam email post ni. :P

JFC Says:
April 12, 2009 at 4:19 AM

sangat bermakna dan touching.

cahaya bulan Says:
April 12, 2009 at 3:10 PM

Cik Angah- Kita pun suka sangat lagu tu.. lebih2 lagi last karya dr arwah loloq..:(

Cahaya - ya ker..:) kita 1st time baca rasa cam touching giler.. jiwang ler pulak that day..hi3

juice.. definitely..:)

April 14, 2009 at 10:46 PM

nice post!!

rase cam nk bcinte ar plak...

erk bole kann??

cahaya bulan Says:
April 15, 2009 at 10:58 AM

bole jer.. kalau ada yg sudi.. :P cam kita ni x der yg nak..he3..

Sufy Says:
April 15, 2009 at 12:00 PM

bagus2...sy sukaaaaa....^_^

cahaya bulan Says:
April 16, 2009 at 10:11 AM

ya ke sufy? bagusla klu sufy suka..:)